Skip to main content
Kemaskini Joomla! 3.6.x ke 3.7
Joomla!

Kemaskini Joomla! 3.6.x ke 3.7

25 April 2017
Semalam dengan rasminya Joomla! mengumumkan versi yang terkini iaitu 3.7. Joomla! 3.7 merupakan siri pembangunan yang kelapan di dalam siri "3" di mana siri yang terakhir adalah 3.6.5. Kemaskini ini mempunyai lebih daripada 700 penambahbaikan dan ciri-ciri baru termasuk kemaskini keselamatan.

Kemaskini boleh dibuat secara automatik dan tidak memerlukan sebarang migrasi. Fail pakej yang terkini boleh didapati di halaman Joomla! Downloads.

Troubleshooting

Selepas berjaya mengemaskini ke versi 3.7, terdapat beberapa perkara yang perlu dibuat jika terdapat error pada database. Perkara ini kemungkinan berlaku disebabkan core-extension tidak dapat dipasang dengan betul.



Untuk membetulkannya, pergi ke Extension → Manage → Discover. Dan klik pada button Discover di toolbar.



Tandakan pada semua component yang ingin discover, dan klik button Install.

Kemudian, pergi ke Extension → Manage → Database. Dan klik pada button Fix di toolbar untuk mengemaskini struktur database. Selesai.



Lagi satu isu selepas kemaskini, saya dapati menu untuk component Contact tiada pada paparan administrator. Selepas disemak, pada database menu tidak dikemaskini sekali dengan component yang lain.



Cara untuk menyelesaikan isu ini adalah, tukarkan saja menu kepada main pada column menutype. Selesai.