Hari ini : Isnin, 6 September 2010 |  

Arkib di dalam Kategori ‘Tazkirah’

Walau Siapa Dirimu, Jangan Dilupakan Tugas Ini

Ditulis oleh Ammar Idris pada 2 April, 2010 | Di dalam Kategori Tazkirah dan Tiada Komen

Oleh : Ust. Zaharuddin Abd Rahman | www.zaharuddin.net

Di celah-celah kesibukan manusia mencari pulangan harta dan gaji untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya. Ingatan berterusan diperlukan agar kita semua tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan hakiki.

Jika kita ingin dianggap ‘manusia’ dan bukan seperti ‘binatang ternak’ di sisi Allah. Ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempohi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.

Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas’ud r.a mengingatkan sesiapa yang meluapakan sebagai ‘bangkai hidup’. Ia tidak lain dan tidak bukan,

Al-Amr bil Maʿruf wa al-nahyu ʿAn al-Mungkar

Iaitu : menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran.
Teruskan membaca..

Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100

Ditulis oleh Ammar Idris pada 1 March, 2010 | Di dalam Kategori Mereka, Tazkirah dan Tiada Komen

Oleh : Ust. Zaharuddin Abd Rahman | www.zaharuddin.net

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari’. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.
Teruskan membaca..

Tagged with:

Makin Solat tapi Makin Malas

Ditulis oleh Ammar Idris pada 19 January, 2010 | Di dalam Kategori Tazkirah dan Tiada Komen

Solat itu tiang Agama

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Teruskan membaca..

Tagged with: ,

Facebook, Yahudi & Status Hukum

Ditulis oleh Ammar Idris pada 7 January, 2010 | Di dalam Kategori Tazkirah dan Terdapat 2 Komen

Oleh : Ust. Zaharuddin Abd Rahman

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. (Baca di sini). Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ
إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.
Teruskan membaca..

Tagged with: ,

Belengu Sang Lelaki – Hantaran, Adat dan Ibadat

Ditulis oleh Ammar Idris pada 6 January, 2010 | Di dalam Kategori Tazkirah dan Tiada Komen

“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.
Teruskan membaca..

Mencari Keberkatan Masa

Ditulis oleh Ammar Idris pada 3 January, 2010 | Di dalam Kategori Tazkirah dan Tiada Komen

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.

Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti. Teruskan membaca..

Tagged with:

Sambutlah Tahun Baru Dengan Keredhaan Allah

Ditulis oleh Ammar Idris pada 31 December, 2009 | Di dalam Kategori Info, Tazkirah dan Tiada Komen

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Tahun Baru 2010 kepada semua tetamu yang mengunjungi Blog Rasmi saya di era 2010 ini, Tahun Baru, Azam baru, Impian pun baru,hehe. Sama-samalah kita muhasabah diri kita ini, tahun yang lalu, ape yang kita dah lakukan sekiranya esok atau sekejap lagi Allah akan menjemput kita. Adalah amalan kita cukup untuk dibawa bertemu Pencipta kita?. Sama-samalah kita muhasabah diri sempena tahun baru ini.

Janganlah pada tahun baru ini, kita menyambutnya dengan keadaan yang tidak diredhai allah, dalam keadaan maksiat kita berseronok dan ghairah dalam menyambut tahun baru ini. Sesungguhnya allah tahu apa yang kamu buat.

Fonomena Gerhana Bulan Separa

Alhamdulillah, pada awal tahun ini (1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H), satu fonomena agung kebesaran Allah S.W.T. akan berlaku, iaitu Fonomena Gerhana Bulan Separa. Bagi umat islam di sekitar Kuala Lumpur, anda berpeluang untuk melihatnya. Masjid Negara dengan Kerjasama Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan,

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa – Masjid Negara

Tarikh : 1 Januari 2010, 15 Muharram 1431H (Jumaat, Malam Tahun Baru)
Masa : 1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Negara. (Berhampiran dengan Tapak Ekspo, Masjid Negara)

Aturcara Program adalah seperti berikut :
* Pencerapan Gerhana Bulan Separa
* Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
* Pameran Bulan
* Solat Sunat Gerhana Bulan
* Khutbah Khas Gerhana Bulan
* Pertandingan Kuiz

Program Qiamullail dan Kuliah Subuh – Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 1 Januari 2010, 15 Muharram 1431H (Jumaat, Malam Tahun Baru)
Masa Qiamullail : 3.00 Pagi, dan Kuliah Subuh Selepas Solat Subuh
Penceramah/Pembimbing Qiamullail : Al-Fadhil Us. Ikmal Zaidi bin Hashim, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor KUIS.

Sama-samalah kita rebut peluang ini, semoga segala amalan kita diterima Allah. Selamat Menyambut Tahun 2010 dan Salam Maal Hijrah 1431.

Fadhilat Qiamullail Mengikut Al-Quran & As-Sunnah

Ditulis oleh Ammar Idris pada 30 December, 2009 | Di dalam Kategori Tazkirah dan Tiada Komen

1. Menurut Al-Quran

Di antaranya ayat-ayat al Quran yang menganjurkan bangun di waktu malam dan beribadah iaitu:

* Pahala mereka tidak terhalang.
Firman Allah s.w.t. ertinya:
“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang salih.

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 113 – 115)

Teruskan membaca..

Puasa Sunat 9 dan 10 Muharam

Ditulis oleh Ammar Idris pada 26 December, 2009 | Di dalam Kategori Tazkirah dan Tiada Komen

Ya Allah...Tarikh 9 dan 10 Muharram jatuh pada 26 dan 27 Disember iaitu sabtu dan ahad ini.

Antara fadhilatnya ialah bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab : “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (HR Imam al-Tirmizi).

Adapun tentang puasa pada 9 Muharram, dalilnya juga berpandukan hadith Nabi SAW yang menyeru agar puasa 9 Muharram dilakukan.

Daripada Ibnu Abbas RA katanya : “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Mereka berkata : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.”

Rasulullah SAW menjawab : “Sekiranya pada tahun hadapan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9”.

Ibnu Abbas berkata : “Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (HR Muslim)

Antara tujuan puasa digandingkan 2 hari itu kerana untuk membezakan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Tagged with: ,