AI Blog Mobile – Available
Alhamdulillah, cuti hujung minggu ni terisi juga dengan aktiviti menyiapkan projek Web Mobile untuk blog saya ni. Kini anda boleh melayari Blog Rasmi saya ini dengan menggunakan Peranti Mudah Alih anda (Telefon Bimbit, PDA dan Sebagainya).
Sungguh mudah untuk anda layari, cuma masukkan alamat url yang sama (www.ammaridris.com) pada browser Peranti Mudah Alih anda, dan kemudiannya anda akan terus dibawa ke versi web mobile ini. Tetapi kalau anda ingin mencuba melayari web mobile ini pada browser komputer anda, cuma taip www.ammaridris.com/m sahaja. Selamat melayari Blog Rasmi saya ini.
Bagaimana untuk mengesan Mobile Browser?
Mudah saja, anda perlu muat turun code ini, unzip kan dan letak di dalam folder web/blog anda. Kemudian anda perlu letakkan code di bawah ini di dalam file index.php pada folder web/blog anda.
<?php
include('mobile_device_detect.php');
$mobile = mobile_device_detect();
?>
Untuk sebarang update, maklumat lanjut anda boleh terus merujuk kepada Laman Web Developer untuk code ini di http://detectmobilebrowsers.mobi/. Selamat mencuba.








