Garmin Mobile XT dalam N5800EM
Hampir dekat sebulan dah aku pakai N5800EM ni. Walaupun dalam N5800EM dibekalkan sekali dengan GPS – Garmin Mobile XT, tapi aku jarang guna pun. Nak guna macam mane, pegi keje naek moto, lepas tu naek LRT pulak, senang cite tak naik pun kete (padahal kete pun x de lagi, lesen pun x ambik lagi, hehe).
Yang aku pelik la, bila on je GPS ni, conection GPRS pun automatik on sekali, jadi kredit aku pun mestila berkurangkan. Cari punya cari kat internet, jumpa la penyelesaiannya. Cuma perlu pergi ke Application > Location > Positioning > Positioning Methods. Enable “Integrated GPS” sahaja dan selesai.
Lepas tu, boleh guna GPS secara percuma sampai bila-bila.
Alhamdulillah, raya tahun ni lagi bermakna dengan N5800EM ni, tetapi bukan nak berbangga atau menunjuk2 di kampung. Rezeki la katekan, ini lah cara bagaimana saya menguruskan kewangan saya – mcm pernah dengar je ayat nie.





