Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang
Perkahwinan adalah merupakan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku. Riwayat Ibnu MajahTujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi sebaiknya. Kerana itu perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 yang bermaksud :
Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu.
Teruskan Membaca Komen (1)

